Ombak Festival 2025 Tampil Lebih Meriah di Desaru Coast

Ombak Festival 2025 Ada Joss Stone, Diskoria Dan Ramai Lagi

Ombak Festival 2025 kembali di Desaru Coast dengan barisan artis global dan ASEAN, aktiviti seni, kulinari, dan pengalaman keluarga selama tiga hari.

Desaru Coast bakal kembali bergema dengan muzik, seni dan cita rasa serantau apabila Ombak Festival 2025 berlangsung dari 12 hingga 14 September 2025. Mengangkat tema komuniti dan kreativiti Asia Tenggara bersempena Tahun Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, edisi kali ini menjanjikan pengalaman yang lebih besar, lebih bold, dan pastinya penuh warna.

ombak festival 2025

Festival selama tiga hari ini bakal menyatukan lebih 40 artis antarabangsa dan serantau, seperti ikon soul dan funk dunia Simply Red, George Clinton & Parliament Funkadelic, Joss Stone, dan duo elektronik popular dari Australia, Flight Facilities. Malaysia turut diwakili oleh nama-nama besar seperti Joe Flizzow, SonaOne, dan Ismail Izzani, manakala wakil negara ASEAN lain termasuk Phum Viphurit (Thailand), Diskoria (Indonesia), dan The Pinholes (Singapura).

Lebih daripada sekadar muzik, Ombak Festival menghidangkan pelbagai pengalaman gastronomi yang memukau di bawah segmen Taste & Toast. Antara sajian utama termasuk Sazón Tapas & Grill oleh chef Andrew Walsh, Carbon KL brings Smoke & Fire, dan pilihan tempatan menerusi Flavours of Johor.

ombak festival 2025

Buat pencinta seni dan penggemar kreativiti, festival ini menampilkan bengkel cetakan blok oleh Segaris Art Center, kraf kitar semula oleh Pulau Pulao, dan bazar Pasar Seloka yang padat dengan barangan artisan. Satu pengalaman unik turut menanti di All Tiled Up, sebuah ruang yang membolehkan pengunjung mencuba permainan mahjong ala “Crazy Rich Asians”.

See also
Kerabat & Selebriti Yang Bakal Menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles

Kanak-kanak tidak dilupakan melalui Ombak Kids — segmen khas yang menawarkan aktiviti seperti membina layang-layang bersama Go Fly Kites, cabaran membina bersama LEGOLAND, permainan bersaiz gergasi oleh Mereka Games, serta kemunculan semula patung festival setinggi 10 kaki, Meera & Fiz.

ombak festival 2025

Dengan resort bertaraf lima bintang seperti Hard Rock Hotel, The Westin, dan Anantara Desaru Coast yang terletak hanya beberapa langkah dari kawasan festival, pengunjung boleh menikmati hujung minggu penuh keriangan dalam suasana mewah dan selesa.

Artikel Berkaitan: TIME Iktiraf Desaru Coast Antara 100 Destinasi Terbaik Dunia 2021

Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.