Rasai Pengalaman Makan Secara "Omakase" di Kuala Lumpur - Glam Malaysia

Rasai Pengalaman Makan Secara “Omakase” di Kuala Lumpur

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Buat peminat makanan Jepun, “omakase” adalah pilihan menyeronokkan untuk pengalaman yang lebih menarik. Tidak perlu risau dengan jarak, anda sebenarnya boleh merasakan pengalaman ini hanya di Kuala Lumpur! 

Omakase merupakan pengalaman menjamu selera santapan Jepun yang dihormati. Dengan terjemahan ‘saya akan menyerahkan kepada awak’, santapan menu Jepun diserahkan ke tangan chef untuk disediakan kepada pelanggan. Ini bermakna anda akan merasai pengalaman makan yang menuless! Chef akan menyediakan hidangan menggunakan bahan-bahan terbaik dengan sentuhan kepakaran dan peribadi mereka. Semestinya pelanggan akan menerima hidangan yang bermusim, artistik dan elegan!

Ini 3 restoran yang menyediakan pengalaman makan secara “omasake” di Kuala Lumpur.

1. Sushi Mew, The Westin Kuala Lumpur

Rasai Pengalaman Makan Secara Omakase di Kuala Lumpur

Foto: Sushi Mew

Sushi Mew menyediakan pengalaman yang bertaraf dunia dengan hidangan yang estetik serta perkhidmatan terbaik di tengah bandar Kuala Lumpur. Restoran ini menawarkan empat bilik berasingan yang boleh dipenuhi seramai 6 hingga 8 orang pelanggan. Restoran ini juga terdapat counter seat buat pelanggan yang hadir berseorangan atau secara berpasangan. Berpegang teguh dalam menjaga kualiti makanan, Sushi Mew menawarkan hidangan secara berset yang berlainan harga dan juga ala carte. Buat set makanan berharga RM800 ke atas yang dinamakan Set Mew, pelanggan dikehendaki untuk membuat pesanan seawal 7 hari kerana semua bahan akan dipilih oleh chef secara eksklusif dan ditempah khas. Falsafah Sushi Mew adalah mencipta simfoni cita rasa yang tiada had buat pelanggan. Mereka juga menggunakan rasa dan bahan yang berbeza, merevolusikan gabungan antara makanan Haute Jepun klasik dan moden.

See also
Jenna Dewan Dedah Pergelutan Sebagai Ibu Tanpa Sokongan Bekas Suami, Channing Tatum