Noh Salleh Bakal Bergelar Suami Buat Kali Kedua - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Noh Salleh Bakal Bergelar Suami Buat Kali Kedua

Noh Salleh Bakal Bergelar Suami Buat Kali Kedua

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Perkahwinan Pertama Noh Salleh Kecundang Di Tengah Jalan

Tarikh perkahwinan pasangan itu telah pun ditetapkan pada 23 September ini, empat bulan dari sekarang. Ini akan menjadi perkahwinan pertama buat Fatin Athirah dan kedua buat Noh Salleh. Penyanyi dan komposer itu mendirikan rumah tangga dengan bekas penyanyi yang kini bergelar penceramah motivasi, Mizz Nina pada 20 Julai 2011.

Bagaimanapun pasangan itu memilih untuk membawa haluan masing-masing selepas lebih sedekad melayari bahtera rumah tangga. Mereka sah bercerai talak satu pada 4 Ogos tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur selepas menfailkan perceraian pada 14 Jun. Berita duka itu dikongsikan menerusi satu kenyataan bersama yang dimuat naik di akaun Instagram masing-masing.

Noh Salleh

Foto: MStar

“Setelah berfikir panjang dan mempertimbangkan banyak perkara, kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing. Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang menjalani 11 tahun terindah dengan segala suka, duka dan ujian. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyokong yang telah banyak memberi kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun.

“Usah bimbang, kami kekal berkawan dan mendoakan yang terbaik buat satu sama lain. Kita hanya merancang tetapi perancangan Allah jauh lebih hebat. Tolong doakan kami terutama dalam tempoh edah ini. Kami amat menghargai jika semua pihak dapat menghormati privasi kami.”

noh salleh

Noh Salleh dan Mizz Nina tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mempunyai seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan kepada umum pada April tahun lalu.

See also
Fazura Anjur Konsert September Ini!

 

Foto: New Straits Times

Baca: Anugerah Terindah Noh Salleh & Mizz Nina