Use your ← → (arrow) keys to browse
Dia menambah, “Terima kasih tidak terhingga kepada manusia luar biasa ini atas anugerah kehidupan dan kasih sayang, kerana menjadi ibu paling luar biasa dan bekerja keras untuk merealisasikan impian!!! Sewaktu merakam foto ini, saya tidak percaya apa yang saya lihat melalui skrin. Tiada apa yang lebih indah daripada ini…”
Bintang Vampire Diaries itu turut memohon kepada peminat agar berkongsi positiviti untuk mereka mengharungi bab kehidupan yang seterusnya.
Nikki juga berkongsi khabar gembira itu di media sosial, mendedahkan mereka telah lama memasang impian dan berdoa untuk anugerah tidak ternilai ini.
“Seperti anda semua tahu, saya jarang berkongsi di media sosial terutamanya perihal anak-anak dan perkara penting dalam hidup saya. Terima kasih tidak terhingga kerana menghormatinya, dan kerana menyebarkan positiviti, kebaikan serta kasih sayang. Bagaimanapun sesetengah perkara baik perlu dikongsi,” tulisnya.