Use your ← → (arrow) keys to browse
Nicolas mengikat tali perkahwinan dengan Riko, 27 dalam satu majlis tertutup di Las Vegas pada 16 Februari tahun lalu, sempena memperingati ulang tahun kelahiran mendiang bapanya.
Ini merupakan perkahwinan kelima Nicolas selepas tiga tahun menfailkan perceraian terhadap bekas isteri, Eriko Koike yang dikahwininya selama hanya empat hari pada Mac 2019.
Sebelum Erika, dia bergelar suami kepada Alice Kim dan perkahwinan mereka bertahan selama 10 tahun sebelum berpisah pada 2016. Mereka memiliki seorang cahaya mata, Kal-El dan masih menjalin hubungan baik sehingga kini.
Dia juga pernah mengahwini Lisa Marie Presley pada 2002 selama hanya 100 hari selepas rumah tangga enam tahun yang dibina bersama Patricia Arquette berakhir pada 2001.