Use your ← → (arrow) keys to browse
Jelasnya, segalanya bermula apabila dia dan Alyssa mendapati bayi mereka mengalami kesukaran bernafas seakan menghidapi sinus selain kepalanya yang besar berbanding saiz normal sebelum membawanya ke hospital.
Nyata kebimbangan mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Zen disahkan mempunyai pengumpulan cecair di dalam otak.
“Kami segera memasukkannya ke hospital untuk menjalani pembedahan. Kami mengharapkan yang terbaik untuknya.
“Saya dan Alyssa menyimpan harapan yang tinggi agar dia kembali pulih. Keadaannya baik ketika itu dan masih boleh bermain dengan abang dan kakaknya,” kata Nick.