Use your ← → (arrow) keys to browse
Siri ini muncul tidak lama selepas Naomi menarik diri daripada French Open pada bulan Mei dan Wimbledon bulan lalu untuk memberi fokus pada kesihatan mentalnya.
Walaupun dia dijangka kembali ke gelanggang dalam Sukan Olimpik tidak lama lagi, peminat berpeluang mendekati bintang ini lebih awal menerusi siri yang bakal ditayangkan pada 16 Julai ini.
Menerusi satu kenyataan, Naomi berkata, “Saya rasakan platfrom yang saya miliki sekarang adalah sesuatu yang saya ambil ringan sebelum ini. Saya sepatutnya menggunakan platform ini untuk sesuatu yang bermakna. Saya percaya kita perlu mengorak langkah sendiri, bukan mengikuti haluan orang lain.”