Neelofa Tampil Perjelas Tuduhan Yang Tersebar Di Media Sosial - Glam Malaysia

Neelofa Tampil Perjelas Tuduhan Yang Tersebar Di Media Sosial

Status perhubungan Neelofa dan Haris Ismail mula menjadi tanda tanya sejak dua hari lalu. Selepas disogok dengan hantaran berbaur sindiran yang tersebar secara meluas di media sosial, peminat mula berteka-teki apakah masalah yang sedang melanda bekas pengacara MeleTOP ini.

Setelah pelbagai spekulasi muncul, Neelofa semalam tampil menjelaskan perkara yang berlaku dalam sebuah video yang dimuat naik di IGTV miliknya. Kata Neelofa, dia menolak dakwaan yang mengatakan dia terkena minyak pengasih atau sudah pun bernikah di Kelantan. Dia juga menjelaskan, isu pemberian wang kepada Haris adalah tidak benar.

“Saya sendiri terkejut bila saya baca dan melihat andaian-andaian yang keluar…yang sememangnya tak betul, tak berasas dan tak wajar.

“Tuduhan-tuduhan yang berkaitan dengan minyak pengasih, yang saya ni sebenarnya sedang berubat, Masya-Allah, di mana (saya) ada transfer some money, sangat-sangat tak betul, tentang perkahwinan yang dibuat di Kelantan, which is sangat-sangat tidak berasas dan karut,” ujarnya.

Adik Beradik Seolah Beri Bayangan Hubungan Neelofa & PU Riz Sedang  Bergolak? | BuzzKini

Tambah Neelofa, tuduhan ini melibatkan maruah kedua-dua pihak keluarga dan sangat berat untuk ditelan. Namun dia tidak menjelaskan secara terperinci apakah sebenarnya yang terjadi di antara dirinya dan Haris.  

See also
Sendiri, Buah Tangan Baharu Anuar Zain

Di akhir video, Neelofa juga meminta agar netizen menghentikan andaian ini untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan mendoakan yang terbaik. “Berikan kami masa dan doakan kami, untuk mencari titik penyelesaian terbaik untuk kedua-dua belah keluarga.”

Neelofa dan personaliti dakwah Pencetus Ummah ini mengikat tali pertunangan pada 2 November lalu.

Foto: Instagram/Neelofa

Baca: Sejarah Tercipta! Nama Siti Nurhaliza Bakal Diabadikan Di Walk of Fame Adelaide