Momen Epik Di Olimpik Paris 2024!

Momen Epik Di Olimpik Paris 2024!

Gelagat atlet negara semasa acara sukan Olimpik Paris 2024 membuat para penyokong tertawa! Kompilasi momen lucu dan epik di Olimpik Paris 2024 setakat ini.

Olimpik Paris 2024 acara sukan sedunia sudah pun berlangsung dari Julai 2024 – Ogos 2024 tahun ini. Dari kemenangan emas pelari pecut AS, Gabby Thomas, dalam acara 200 meter dengan catatan masa 21.83 saat, ke juara Piala Dunia yang memegang gelaran dengan keputusan 4-2 buat pemain Brazil yang menewaskan Sepanyol mengejut para penonton dengan pencapaian unggul ini. Sepanjang Olimpik Paris 2024, muncul foto para atlet yang dijadikan “meme” tular di media sosial yang menarik perhatian ramai.

Recap: 9 Foto Momen Epik Kegemaran GLAM Buat Sukan Olimpik Paris 2024, Jom tengok!

1. Shot Ikonik “Flying Brazilian Surfer

Kredit: Jerome Brouillet/AFP via Getty Images

Reaksi peluncur Brazil, Gabriel Medina selepas mendapat gelombang besar dalam pusingan ke-5 bagi acara selancar lelaki semasa Sukan Olimpik Paris 2024, di Teahupo’o Pulau Tahiti, Polinesia Perancis pada 29 Julai 2024. Kesempatan posing Gabriel menjadi shot ikonik bagi Olimpik Paris 2024.

See also
Isetan The Gardens Tampil Lebih Segar Dengan “The Table”

2. Pencuri Kerusi

Alamak! Tragedi atlet pelawan pedang Brazil tercedera pada kakinya di Olimpik Paris 2024. Semasa eksiden tersebut berlaku, jurulatih Brazil tampil menolong dan salah satu jurulatih terduduk di kerusi yang di bawa untuk atlet yang tercedera sangka untuknya. Penonton menganggap “the chair stealer” ini detik lucu!

3. Juara Olimpik Muntah Semasa Siaran Langsung

Kredit: via BBC

Pada 31 Julai 2024, seorang triatlet Canada, Tyler Mislawchuk muntah sebanyak 10 kali selepas menjejak garisan penamat perlumbaan di Olimpik Paris 2024. Orang ramai menyakatan air Seine River di Paris tercemar tetapi diseballiknya Mislawchuk mengatakan itu bukan penyebabnya. “Tiada kaitan dengan kualiti air, saya hanya tertelan air yang banyak semasa berenang yang menyebabkan perut saya tidak selesa dengan durasi perlumbaan 1 jam 40 minit itu.” kata Mislawchuk.

4. Fashion Show Paris Olympics

Seterusnya, perenang Olimpik Paris 2024 China, Qin Haiyang mengejutkan media sosial dengan gaya yang penuh “Swag” seolah-olah catwalk di pentas fesyen Balenciaga semasa permulaan acara renang. Busana kot hooded merah panjang yang dipakai membuat perenang tampil mempeson dan yakin!

See also
Titik Akhir Cheong Jun Hoong Sebagai Penerjun Negara

5.  Para Atlet Selfie Bersama

Kredit: via Getty Images

Detik indah selepas majlis penyampaian hadiah untuk acara beregu campuran table tennis. Momen ini memfokuskan pada kepentingan atlet dari Korea Utara, Selatan dan China berinteraksi dengan mesra mengambil swafoto bersama pemenang pingat emas China, Sun Yingsha (Perlawanan Emas Pasukan Lelaki) di Olimpik Paris 2024.

6. Turki Sharpshooter

Kredit: via NBC Sports

Yusuf Dikec, 51 tahun dari Turki menandakan detik bersejarah untuk negaranya. “No gear, just vibes!” penampilan santai dengan satu tangan di dalam poket dipenuhi dengan gaya. Dikec dengan mudah menembak jalannya ke podium bersama ahli pasukannya Sevval Ilayda Tarhan yang meraih pingat perak dalam Pasukan Campuran Pistol Udara di Olimpik Paris 2024.

7. Baju Renang Ilusi Optik Tampak “Slim”

Kredit: via TikTok @adamclayton_

Olimpik atau OZEMPIK? Atlet renang China, Tang Qianting mengejutkan penonton dengan padanan warna latar belakang dan pakaian renang speedo yang sama itu mengelirukan mata orang ramai. Pada 29 Julai di Olimpik Paris 2024, atlet Women’s Breaststroke ini yang mencapai pingat perak Olimpik membuatkan para penonton terhibur dengan pinggangnya yang begitu ramping dari pandangan optical illusion ini.

See also
5 Gaya Solekan Atlet Olimpik 2024

8. Atlet Jepun Mendapat Urutan Khas

Kredit: via TikTok @tiredmillenialaunt

Di Olimpik Paris 2024, seorang pembantu dilihat mengurut ahli pasukan Jepun. Penonton berdesas-desus berasa cemburu dengan tindakan tersebut. Semasa pembantu mengurutnya, terutamanya atlet Jepun tersebut memberi ekspresi muka yang tampil menahan kesakitan yang membuatkan netizen menyeru “We need his job!”.

9. Main Character Energy

Kompilasi epik ini diakhiri dengan atlet Korea, Kim Ye-Ji, 31 tahun yang memegang catatan rekod dunia bagi kemenagan pingat perak dalam acara pistol udara 10m di Olimpik Paris 2024. Penampilan Kim Ye-Ji tampak cool seperti watak utama dengan memakai cermin mata tembakan yang kelihatan seperti di filem Sci-fi.  Disamping itu, Elon Musk juga memberikan tweet cadangan di aplikasi X agar beliau membintangi sebuah filem aksi dengan padanan gayanya yang terserlah!