Miss Universe 2023: Ini Fakta Unik Yang Perlu Ambil Tahu - Glam Malaysia

Miss Universe 2023: Ini Fakta Unik Yang Perlu Ambil Tahu

Pertandingan Miss Universe 2023 berlangsung di El Salvador dengan menyaksikan pelbagai cerita relevan yang menarik.

Pada 18 November, impian seorang wanita bertukar menjadi realiti apabila dinobatkan menjadi pemenang utama Miss Universe 2023. Wakil Malaysia, Sereena Lee turut mendapat perhatian umum dengan pemilihan busana songket kuningnya yang cukup membawa nilai tradisional yang mewah. GLAM kongsikan kisah lain yang menjadi bualan di pentas Miss Universe edisi ke-72.

miss universe 2023

Sereena Lee, Miss Universe Malaysia 2023

FROM THE WORLD TO THE UNIVERSE

miss universe 2023

miss universe 2023

Pemenang buat edisi Miss Universe kali ke-72 adalah milik wakil daripada Nicaragua. Juita bernama Sheynnis Palacios ini telah mengecewakan 83 impian wanita yang lain. Dia yang berasal daripada Managua bukanlah personaliti asing di dalam lapangan pertandingan ratu cantik, kerana sebelum ini Palacios pernah mewakili negaranya ke pentas Miss World pada tahun 2021. Tetapi ketika itu, dia hanya berjaya mendapat tempat top 40. Pada 2017, Palacios menjadi wakil ke acara Miss Teen Universe dan menduduki carta 10 finalis terbaik.

See also
Sandra Lim, Ratu Cantik Malaysia Di Miss Universe 2024

BURKINI DEBUT DI PENTAS MISS UNIVERSE 

Buat kali pertama Pakistan menghantar wakil mereka ke pentas Miss Universe. Negara majoriti islam ini diwakili oleh Erica Robin yang lahir di Karachi dan beragama Kristian. Namun, kehadiran Robin di pentas Miss Universe 2023 mendapat reaksi negatif daripada negaranya, sehinggakan Perdana Menteri Pakistan mahu satu siasatan dilakukan atas bagaimana pertandingan ini dijalankan. Di pentas Miss Universe 2023, Erica Robin tampil dengan burkini ketika acara baju renang dan menyarungkan selendang tudung buat pusingan gaun malam sebagai tanda menghormati negaranya. Pakistan berjaya tersenarai dalam finalis 20 terbaik tahun ini.

SANG IBU MENUNJUKKAN TARINGNYA

Miss Universe 2023 mahu lebih relevan dan membenarkan wanita yang sudah berkahwin bagi menyertai pertandingan ratu cantik paling popular ini. Ia nyata membuahkan rezeki kepada Camila Avella yang mewakili Colombia. Wanita berusia 28 tahun ini mempunyai seorang cahaya mata dan sudah berkahwin pada tahun 2020. Apabila ditanya jika hari ini adalah hari terakhir buatnya, bagaimana  dia menjalani kehidupan di muka bumi? “Saya sudah menjalaninya kerana saya di sini. Saya memecahkan stereotaip sebagai seorang wanita, menjadi seorang ibu. Ia adalah untuk meninggalkan sejarah, legasi, sesuatu yang saya ingin sampaikan kepada wanita, ibu dan kanak-kanak.”

BODY POSITIVITY

Tidak lagi mengikut acuan stereotaip wanita yang menyertai pertandingan ratu cantik yang lain, Miss Universe 2023 memupuk nilai body positivity. Pentas final bergegar dengan gemilangnya apabila nama Nepal diumumkan sebagai finalis 20 terbaik. Wanita muda bernama Jane Dipika menjadi gadis bersaiz besar pertama memecah tradisi pertandingan ratu cantik. “Sebagai seorang wanita yang curvy dan yang tidak memenuhi standard kecantikan tertentu, saya di sini adalah untuk mewakili wanita yang bertubuh besar, yang bergelut dengan penambahan berat badan, serta masalah hormon,” ujarnya ketika menang Miss Universe Nepal di negaranya. 

TIADA LAGI HAD UMUR

Organisasi Miss Universe juga tidak lagi meletakkan had umur kepada wanita yang mahu mengejar cita-cita mereka merebut tiara popular mereka. Gadis yang berusia 18 tahun sehingga mereka yang sudah matang boleh mencuba nasib di negara masing-masing untuk beraksi ke pentas Miss Universe. Tahun ini menyaksikan wakil Bulgaria yakni Yuliia Pavlikova menjadi wanita pertama yang bertanding di pentas ratu cantik ini pada usia 30 tahun. Dia adalah wakil paling berusia di pentas Miss Universe 2023. Wanita berdarah kacukan Bulgaria dan Ukrain ini pernah bertanding di 15 acara ratu cantik.

Pautan Berkaitan: 10 Wanita Paling Cantik Di Dunia Pada Tahun 2023