Use your ← → (arrow) keys to browse
Setelah berbulan-bulan khabar angin, penglibatan Michael Keaton dalam filem superhero Batman The Flash akhirnya disahkan.
Michael Keaton, 69, akan kembali beraksi dalam filem Batman The Flash dengan penggambaran yang sudah berlangsung menurut agensi Keaton, ICM Partners, yang telah mengesahkan pada hari isnin lepas kepada The Wrap bahawa Keaton akan kembali ke peranan yang terakhir dia ambil pada tahun 1992, selepas 29 tahun penampilan akhirnya sebagai Caped Crusader.
Filem ini memulakan penggambaraan di London kelmarin, seperti yang didedahkan dalam catatan Instagram oleh Muschietti yang memuat naik gambar logo dan permulaan filem rasmi. Pada bulan lalu, Keaton sempat berbicara dengan Deadline dan memancing peminat dengan mendedahkan bahawa dia mungkin tidak akan muncul kembali di The Flash kerana masalah COVID-19, masalah peribadi dan jadual yang padat. Namun itu semua hanyalah gurauan gimik untuk memberi kejutan kepada peminat mereka.