Use your ← → (arrow) keys to browse
Satu lagi penemuan mengejutkan buat Joe adalah nenek moyang sebelah ibunya merupakan mangsa yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai di Armenia.
Semasa meneliti sejarah keluarga ibunya, dia mendapat tahu moyangnya, Terviz ‘Rose’ Darakjian melarikan diri bersama anak kelapan selepas suami dan tujuh anaknya yang lain dibunuh di hadapan matanya pada tahun 1915.
Dalam keadaan tercedera akibat luka tembakan, Rose berenang menyeberangi sungai untuk menyelamatkan diri bersama anaknya yang diikat di belakang badan. Walaupun berjaya sampai ke Turkiye, bayinya meninggal dunia akibat lemas.
Dia kemudian ditemui oleh pihak berkuasa dan dimasukkan dalam kem tahanan di mana dia telah dihamilkan oleh seorang pegawai Jerman, Karl Wilhelm Beutinger. Hasil perhubungan tersebut, lahirlah seorang anak perempuan bernama Sirarpi iaitu nenek aktor itu.