Use your ← → (arrow) keys to browse
Mako Komuro bukanlah puteri raja yang tipikal – sama seperti Puteri Diana, walaupun perjalanan hidup mereka agak berbeza.
Nama Puteri Mako menjadi sebutan dunia tahun lalu kerana sanggup melepaskan gelaran Diraja Jepun untuk mengahwini cinta hatinya yang merupakan rakyat biasa, Kei Komuro.
Anak saudara Maharaja Naruhito itu turut menolak elaun berjumlah lebih RM4 juta yang diberi oleh kerajaan kepada kerabat wanita yang kehilangan status kehormat mereka.
Dia kini hidup sebagai rakyat biasa di New York bersama suaminya namun terus mencuri perhatian peminat yang tertarik dengan kehidupan bekas puteri itu.
Situasi ini mengimbau perhatian yang diterima Puteri Diana dari dahulu sehingga hari ini, walaupun telah lebih 25 tahun meninggal dunia. Jadi apakah persamaan antara mereka?