Use your ← → (arrow) keys to browse
Zul Ariffin kembali mencuri perhatian peminat selepas tujuh bulan berdepan dengan kontroversi yang mencalarkan namanya.
Semalam, Zul Ariffin didenda sebanyak RM30,000 selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial pada 18 Mac lalu.
Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar di Mahkamah Sesyen Sepang.
Hadir memberi sokongan adalah teman rapatnya dan Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai yang turut berada dalam bilik mahkamah sepanjang hampir satu jam perbicaraan berlangsung.
Pelakon berusia 36 tahun itu kelihatan tenang dan sempat meluangkan masa menjawab segala pertanyaan daripada rakan media sebaik sahaja prosiding selesai.