Use your ← → (arrow) keys to browse
Duchess of Sussex, Meghan Markle dilihat memberi penghormatan terus-menerus kepada mendiang ibu mentuanya.
Menerusi pratonton wawancara terbaharu bersama Oprah Winfrey yang bakal ditayangkan 8 Mac ini, Meghan yang kini hamil anak kedua dilihat menyarung gelang milik Puteri Diana.
Setelah diperhatikan, ia ternyata gelang sama di mana dua batu berliannya diambil oleh Harry untuk membuat cincin pertunangan Meghan sebelum ini.
Malah E! News diberitahu, pasangan tersebut mahu gelang itu dipakai ketika temu bual untuk merasai kehadiran Puteri Diana.
Menerusi sedutan wawancara yang mendedahkan pengakuan paling jujur Duke dan Duchess of Sussex itu, Harry berkongsi kebimbangan terbesarnya adalah campur tangan media British yang mungkin akan menyebabkan ‘sejarah berulang kembali’, merujuk kepada kematian ibunya.
“Saya sangat lega dan gembira dapat bercakap dengan anda di samping isteri di sisi. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya ibu saya melalui proses ini seorang diri bertahun-tahun dulu,” kata Harry menerusi satu klip.