Use your ← → (arrow) keys to browse
Harry dan Meghan mengumumkan berita kehamilan kedua pada Hari Kekasih tahun ini, sebulan selepas mengumumkan bahawa mereka berundur daripada tugasan Diraja dan berpindah ke Los Angeles disebabkan perbalahan dengan media Britain atas isu privasi.
Wawancara mereka bersama Oprah Winfrey pada bulan Mac mendedahkan butiran terperinci mengenai situasi tersebut.
Kata Meghan, dia bergelut dengan kesihatan mental selepas menyertai kerabat Diraja dan komen berbaur rasisme yang dibuat terhadap warna kulit anak sulungnya yang bakal lahir ketika itu.
Dan baru-baru ini pasangan itu mendedahkan keterujaan menantikan kelahiran puteri sulung dalam keluarga mereka.
“Untuk memiliki anak perempuan selepas anak lelaki – apa lagi yang saya mahukan? Mempunyai satu atau dua anak adalah anugerah yang tidak ternilai, tetapi memiliki sepasang cahaya mata…kini keluarga kami telah lengkap,” jelas Harry.