Use your ← → (arrow) keys to browse
Pada usia setengah abad, Matthew Perry telah bersedia untuk berkongsi kebenaran tentang kehidupannya.
Dalam memoirnya yang berjudul Friends, Lovers, and the Big Terrible Thing, Matthew memperincikan tentang pergelutannya dengan dadah termasuk pengalaman koma dua minggu selepas usus besarnya pecah akibat penggunaan opioid secara berlebihan pada 2018.
Aktor berusia 53 tahun itu berkata, dia memutuskan untuk berkongsi pergelutannya kepada dunia selepas yakin dirinya tidak akan kembali lagi ke kancah penagihan dadah buat selamanya.