Use your ← → (arrow) keys to browse
Sambutan Hari Bapa tahun ini lebih bermakna buat Marc Anthony apabila dikurniakan seorang lagi cahaya mata dalam hidupnya.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Marc Anthony menerusi satu hantaran di Instagram. Dia turut memuat naik foto pertama cahaya matanya yang dilahirkan pada 18 Jun lalu. Dalam foto hitam putih itu, dia dilihat mengendong anaknya sambil memegang tangan isteri tercinta, Nadia Ferreira. “Waktu yang ditentukan Tuhan sentiasa sempurna. Selamat Hari Bapa,” tulisnya ringkas.
Perkongsian tersebut dibanjiri komen dan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis Latin. Ia termasuk Maluma, Luis Fonsi dan Carlos Rivera. Ini merupakan cahaya mata ketujuh buat Marc Anthony dan pertama buat bekas Miss Universe itu. Penyanyi Latin itu mempunyai sepasang anak kembar, Max dan Emme, 14, hasil sedekad perkahwinan dengan Jennifer Lopez. Dia juga memiliki empat lagi anak antara usia 19 hingga 28 tahun daripada dua wanita berbeza.