LV & Tokyo - Glam Malaysia

LV & Tokyo

Pameran seni fesyen bertema, “Louis Vuitton &” terbang ke Negara Matahari Terbit untuk meraikan kolaborasi paling popular rumah fesyen ikonik Paris bersama artis Jepun yang berlangsung kini di Jing Harajuku, Tokyo.

“Louis Vuitton &” adalah pameran kolaborasi bertema yang diadakan untuk meraikan kolaborasi artistik bersama barisan artis seni. Bermula bulan ini, Louis Vuitton terbang ke Tokyo dalam menceritkan konsepsi asal rumah fesyen ikonik kota Paris ini bersama barisan artis popular Jepun melalui visi artisitik melalui bebarap cabang seni seperti grafik, visual, desain dan juga fesyen. Dari Takashi Murakami kepada Yayoi Kusama, pameran ini mempersembahkan kolaborasi paling popular yang terus diingati sehingga hari ini.

Pameran “Louis Vuitton &” adalah kesinambungan Louis Vuitton X yang meruapakan pameran kembara. Lantas, Jepun yang kekal menjadi antara destinasi perlancongan terhangat menjadi pilihan yang natural untuk pameran ini diadakan. Walaupun pandemik telah mengekat aktiviti perlancongan sehingga hari ini, Louis Vuitton meneruskan pameran ini dalam meraikan legasi kolaborasi mereka yang telah menguatkan lagi hubungan bersama dunia seni serantau.

Louis Vuitton dan Jepun mempunyai hubungan yang sarat sejarah penuh kreativiti. Sebuah ruang khas telah dibina yang didedikasikan buat pereka fesyen ikonik, Rei Kawakubo yang telah menjalinkan hubungan bersama sejak 1980-an lagi. Jurufoto untuk kempen koleksi musim luruh/sejuk 2019 buat lelaki, Kenta Cobayashi juga sekali lagi berkolaborasi bersama Louis Vuitton dengan meriaskan salah satu ruang pameran dengan karya seni original. Pameran ini menampilkan lebih 180 item, termasuklah barangan kulit dan trunk, koleksi sedia pakai dan aksesori, lukisan dan objek desain, karya digital serta dokumen daripada arkib.

Antara ruang pameran “Louis Vuitton &” di Jing Harajuku, Tokyo ini adalah:

See also
Impresi Pertama: Galaxy Z Flip6 Definisi Gaya Hidup Mewah dan Kreativiti Anda

Art of Silk – kolaborasi yang menampilkan rekaan skarf daripada Arata Isokazi, Takashi Murakami and Jean-Pierre Raynaud

The World of Vuitton according to Rei – Segenab ruang bilik pameran didesainkan dalam memberi pernghormatan kepada Rei Kawakubo dan rekaannya untuk kolaborasi pada 2008 dan 2014.

Louis Vuitton and Japan: A legacy of leather goods – Kolaborasi artistik bersama artis seni paling popular Jepun seperti Yayoi Kusama dan Takashi Murakami yang kekal ikonik sehingga ke hari ini.

Pameran “Louis Vuitton &” ini akan diadakan di Jing Harajuku sehingga 16 Mei 2021. Buat yang berpeluang untuk melawatinya, jangan lupa untuk singgah ke kedai pameran yang direka oleh Daisuke Sugawara dengan menampilkan pelbagai produk kulit, tekstil, haruman, aksesori dah pelbagai lagi.

Foto: Louis Vuitton Malaysia

Baca lebih lanjut: Misteri Sensual Saint Laurent Rive Droite