Louis The Game: Permainan Video Baharu Louis Vuitton - Glam Malaysia

Louis The Game: Permainan Video Baharu Louis Vuitton

Boleh dimuat turun bermula 4 Ogos 2021, Louis Vuitton akan meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-200 dengan memperkenalkan permainan video baharu, Louis The Game yang menampilkan maksot bunga monogram bernama Vivienne.

Buat peminat fesyen dan permainan video, Louis Vuiton ada sesuatu yang pasti membuat anda teruja. Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Louis Vuitton yang ke-200, rumah fesyen ikonik kota Paris ini memperkenalkan permainan video Louis The Game yang akan memperkenal maksot bunga monogram, Vivienne. Permainan video ini boleh dimuat turun bermula 4 Ogos 2021.

Louis The Game akan mengikuti pengembaraan maskot Louis Vuitton bernama Vivienne dalam menuju destinasi sambutan hari lahir ke-200 . Dalam pengembaraan ini, karakter bunga monogram tersebut perlu mengumpul sebanyak lilin monogram yang boleh, bersama tambahan kunci untuk meneruskan kepada peringkat yang seterusnya. Pemain yang mengungguli senarai pemenang global dapat bertanding antara satu sama lain dan menonjolkan variasi pakaian yang boleh ditukar sepanjang permainan.

See also
Cinta Hujung Dunia Louis Vuitton

Permainan video ini akan menyaksikan intergrasi dengan teknologi blok rantai, serta akan menampilkan 30 NFT (Non-Fungible Tockens) dengan 10 dihasilkan oleh artis digital penuh sensasi yang dikenali sebagai Beeple.

Maskot Louis Vuitton, Vivienne.

Bermula 4 Ogos 2021, inisiatif Louis 200 yang interaktif ini boleh mula dimuat turun sebagai sebauh aplikasi melalui APPLY dan Google Play untuk sistem Android. Selepas permainan video ini dimuat turun, pemain akan diberikan pilihan antara dua beg galas Louis Vuitton, sementara sebuah turorial akan ditayangkan untuk menunjukkan pergerakan Vivienne. Pergerakan ini akan bertukar pada setiap peringkat permainan, dari berjalan asas kepada berlari dan mendaki, terapun serta dwi-lombatan. DEngan setiap 200 lilin yang berjaya dikumpul, pemain dapat membuka poskad yang akan menunjukkan anekdot atau trivia mengenai kolaborasi Louis Vuitton, pesanan istimewa, trivia teknikal, sejarah keluarga, intervensi artistik, pertunjukan pentas peragaan dan banyak lagi.  

Selepas itu, pengembaran permainan video ini akan bermula. Pemain akan bermula di hutan Louis, Vivienne akan melalui Luminous City, Adventure Kingdom, Monogram Island, Sunshine Metropolis dan juga Birthday Extravaganza. Tidak ketinggalan destinasi impian seperti kota Paris, Beijing, London, New York dan banyak lagi. Menyusuri bukit-bukau, mendaki tangga bangunan dan berputar penuh energi, Vivienne akan dilimpahi dengan letusan penuh warna setiap kali mendapatkan lilin.

See also
Coach Cafe Pertama Di Dunia Dibuka Di Singapura

Louis The Game bukan sekadar sebuah permainan video. Dengan menggunakan teknologi yang lebih menyeronokan dalam penceritaan, Louis Vuitton menawarkan medium baharu yang dapat memberikan definisi baharu kepada kreativiti dan inovasi. Rumah fesyen ikonik Paris ini terus membuktikan warisan serta gendala bersatu bersama.  

Foto: Louis Vuitton Malaysia

Baca lebih lanjut: Nikmati Citarasa Eksklusif EQ Kuala Lumpur Di Rumah