Use your ← → (arrow) keys to browse
Malangnya harapan peminat musnah apabila pelakon itu sendiri tampil menafikan khabar angin yang bertebaran ketika wawancara bersama portal media Korea Selatan, SBS Entertainment News.
“Berita itu palsu. Daripada apa yang saya tahu, spekulasi itu ditulis oleh personaliti media sosial dari luar negara, mungkin sekadar untuk suka-suka. Bagaimanapun ia dilaporkan sebagai satu fakta oleh pihak media. Saya tidak pernah menerima tawaran sedemikian daripada Marvel,” ujarnya.
Walaupun penjelasan itu agak mengecewakan, peminat tidak perlu menunggu lama untuk menonton aksi Lee Jung Jae yang seterusnya. Dia dilaporkan bakal menghidupkan kembali watak Seong Gi Hun dalam Squid Game musim kedua yang bakal disiarkan di Netflix tidak lama lagi.