Use your ← → (arrow) keys to browse
Baby Spice, Emma Bunton dan Jade Jones kini selamat bergelar suami isteri setelah 21 tahun menjalin hubungan cinta.
Kejutan itu diumumkan sendiri oleh Emma Bunton menerusi satu hantaran yang dikongsi di Instagram berserta kapsyen ringkas, “Mr and Mrs Jones!”.
Foto upacara perkahwinan yang dimuat naik menunjukkan pasangan itu sedang berdiri di bawah gerbang yang dihiasi dengan mawar putih.
Sempena hari istimewa itu, Emma memilih dress mini putih manalaka Jade pula menyarung kemeja-T hitam dan blazer Gucci coklat yang dipadankan bersama topi rona sedondon.