Tanjong Jara Resort Saksi Ikatan Cinta Abadi

Laut China Selatan Saksi Ikatan Cinta Abadi

Gabungan keindahan alam, tradisi Melayu dan kemewahan mencipta kenangan perkahwinan luar biasa di Tanjong Jara Resort.

Tanjong Jara Resort menawarkan sebuah pengalaman perkahwinan yang tiada tandingannya, di mana keindahan alam semula jadi, kemewahan, dan tradisi Melayu untuk mencipta detik-detik bersejarah. Terletak di pantai Terengganu yang tenang dengan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan, resort ini menjadi lokasi sempurna untuk pasangan yang ingin mengabadikan hari istimewa mereka dalam suasana yang elegan dan romantik.

Di Tanjong Jara Resort, setiap aspek perkahwinan anda diurus dengan penuh perhatian, dari hiasan bunga yang dipilih dengan teliti hingga meja makan yang dihiasi dengan kain linen putih. Setiap perincian dirancang untuk memastikan perkahwinan anda sempurna dan berkesan. Anda juga boleh memilih daripada pelbagai menu yang disediakan, dari makanan tradisional Melayu hingga hidangan antarabangsa yang disesuaikan dengan citarasa anda.

Pelbagai pakej perkahwinan yang direka khas untuk memenuhi impian setiap pasangan. Anda boleh memilih dari pakej yang telah disediakan atau mengikut cita rasa anda untuk pengalaman yang benar-benar unik. Semua pakej termasuk kemudahan dan perkhidmatan eksklusif, serta sentuhan peribadi yang akan menjadikan hari istimewa anda lebih bermakna.

See also
Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia

Bukan itu sahaja, resort ini menyediakan perkhidmatan lengkap untuk perkahwinan, termasuk pilihan hiburan budaya tradisional seperti pencak silat atau balas pantun, serta pilihan bunga, kek, dan dekorasi mengikut citarasa anda. Tanjong Jara Resort memastikan bahawa setiap elemen majlis anda dipenuhi dengan keindahan, kemewahan, dan penuh ketenangan.

The Teratai Wedding

Majlis perkahwinan Teratai bakal membawa pengantin perempuan melalui aisle pantai yang dihiasi dengan bunga-bunga, berjalan menuju ke pengantin lelaki di bawah lengkungan bunga yang indah. Pasangan akan bertukar janji setia dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan yang biru dan menakjubkan. Selepas upacara penyatuan cinta, majlis diteruskan dengan koktel, canapés dan makan malam di Terratai Terrace dengan diiringi muzik gamelan secara langsung, memberikan sentuhan tradisional.

The South China Sea Romance

Jadikan perkahwinan impian anda satu kenyataan dengan berjalan ke aisle yang dihiasi bunga manggar, menuju ke gazebo yang menghadap laut. Di sini, pasangan akan bertukar janji setia di hadapan keluarga dan orang yang tersayang. Raikan ikatan suami isteri dengan koktel segar dan hidangan laut yang enak di restoran Nelayan, sambil menikmati keindahan matahari terbenam yang mempersonakan di Laut China Selatan.

See also
Kenali 5 Wanita Paling Kaya Di Dunia, Menurut Forbes

The Garden Wedding

Ucapkan janji setia anda dalam suasana taman klasik, berdiri di bawah dua bulatan yang saling berhubung, simbol cinta abadi yang tiada penghujungnya. Mengingatkan kepada bentuk bulatan dua cincin perkahwinan yang tidak terpatah, ia sebagai tanda permulaan sebuah perkahwinan dalam bentuk kesinambungan dan kesempurnaan, dikelilingi taman subur yang cukup nutrisi dan dedaun hijau yang lebat.

Selain itu, setiap pakej perkahwinan yang dipilih, pasangan dapat menikmati pengalaman spa sebelum majlis. Adat persiapan pengantin lelaki dan perempuan dianggap sebagai rahsia keluarga dan memberi fokus kepada kesejahteraan secara menyeluruh iaitu minda, tubuh dan roh. Dandan Puteri Tujuh (untuk pengantin wanita) dan Panji Alam (untuk pengantin lelaki) adalah rawatan spa diraja yang sangat sesuai untuk seorang puteri dan pahlawan, berdasarkan tradisi Melayu purba. Rawatan ini merangkumi urutan Melayu, ritual penjagaan rambut, skrub herba, mandi wangi, sauna badan, dan minuman tonik herba untuk memberi semangat baru kepada pasangan sebelum mereka mengucapkan janji setia.

See also
Angelina Jolie & Anak Antara Momen Menarik di Tony Awards 2024

Lebih menarik lagi, pasangan pengantin baru ini juga berpeluang menikmati penginapan selama dua malam untuk bulan madu di Spa Village Resort Tembok, Bali. Alami keaslian Bali di spa menghadap pantai yang tenang dan damai, dikelilingi puncak gunung yang mistik dan laut biru yang memukau.

Setelah majlis perkahwinan, pasangan pengantin boleh menikmati penginapan yang mewah dan eksklusif di The House of Terengganu, sebuah vila peribadi dengan kolam renang peribadi yang dikelilingi oleh taman tropika yang tenang. Penginapan ini menawarkan ketenangan dan privasi, dengan reka bentuk tradisional Melayu abad ke-17 yang memberikan suasana raja dan permaisuri untuk pasangan yang baru berkahwin.

Dengan suasana yang tenang, keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, dan sentuhan tradisi Melayu yang unik, Tanjong Jara Resort adalah tempat yang sempurna untuk meraikan perkahwinan impian anda. Jadikan hari perkahwinan anda sebagai kenangan yang kekal selamanya, di tempat yang penuh dengan sejarah, budaya, dan kemewahan.

Artikel Berkaitan: Ketenangan Alam Di Jantung Bali