Kylie Jenner Diserang Aktivis Hak Asasi Haiwan Ketika Membeli-belah - Glam Malaysia
Pengalaman Perit Kylie Jenner Selepas Kelahiran Anak Kedua

Kylie Jenner Diserang Aktivis Hak Asasi Haiwan Ketika Membeli-belah

Sesi membeli-belah Kylie Jenner terganggu Sabtu lalu apabila dia diterjah aktivis hak asasi haiwan selepas keluar dari sebuah butik mewah di Rodeo Drive Beverly Hills.

Bintang Keeping Up With the Kardashians itu dilihat meninggalkan Montcler melalui pintu belakang dan terus masuk ke tempat duduk penumpang Rolls Royce putih miliknya bersama seorang pengawal peribadi.

Dalam waktu yang sama, sekumpulan kecil penunjuk perasaan mengelilingi keretanya dan seorang wanita berteriak menggunakan megafon, “Memalukan! Anda bukan manusia! Anda memalukan kerana menyokong industri perdagangan bulu!”

Kylie Jenner
Foto: Backgrid

Para penunjuk perasaan itu tidak menjadikan Kylie sebagai sasaran utama sebaliknya secara rambang, di mana mereka turut berteriak melaungkan slogan kepada pejalan-pejalan kaki di kawasan tersebut. Kylie walau bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi.

Bintang realiti TV itu tidak menyarungkan pakaian bulu pada waktu tunjuk perasaan tersebut namun pernah memakainya sebelum ini.

Januari lalu, dia menimbulkan kontroversi dengan berkongsi foto dirinya memakai selipar Louis Vuitton yang diperbuat daripada bulu cerpelai, sedangkan dia baru sahaja meningkatkan kesedaran tentang kematian haiwan di Australia akibat kebakaran. Kylie kemudiannya menyumbangkan RM4.05 juta kepada Australia sebagai bantuan pemulihan kebakaran tersebut.

See also
Kylie Jenner Bakal Membintangi Rancangan Realitinya Sendiri

Foto: Matt Winkelmeyer/Getty Images for The Recording Academy

Baca: Mira Filzah Tercalon Untuk 100 Wanita Tercantik 2020