Use your ← → (arrow) keys to browse
Youn malah mengakui tidak terpedaya dengan janji-janji manis yang terbit dari bibir bapa kepada enam cahaya mata itu.
“Saya jemputnya datang ke Korea. Dia berjanji akan datang, tetapi saya tidak percaya janji-janji warga Amerika. Kata-kata mereka sangat manis. Katanya dia sangat mengagumi lakonan saya dan sebagainya, namun saya sudah tua. Saya tidak akan terpedaya dengan pujian sedemikian.”
Dia turut mengakui tidak memandang tinggi industri Hollywood yang dipenuhi kepuraan, namun tetap berniat untuk terlibat dalam lebih banyak filem keluaran Amerika Syarikat.
“Apabila muncul projek filem dari Amerika, warga Korea menyangka saya mengagumi Hollywood. Tidak, saya tidak mengagumi Hollywood. Alasannya adalah jika saya pergi ke sana dan bekerja, mungkin saya berpeluang berjumpa anak lelaki saya sekali lagi. Sejujurnya hanya itulah impian saya.”