Use your ← → (arrow) keys to browse
Badan amal Scope turut menyeru Beyonce untuk mengubah lirik dan merakam versi terbaharu Heated.
“Perkataan amat penting kerana ia memperkukuhkan sikap negatif yang dihadapi oleh golongan kurang upaya setiap hari. Beyonce telah lama memperjuangkan inklusiviti dan kesaksamaan, jadi kami menggesanya untuk mengeluarkan lirik yang menyinggung perasaan ini,” kata pengurus media Scope, Warren Kirwan.
Menerusi satu kenyataan, jurucakap pemenang Grammy itu mengesahkan bahawa barisan lirik yang dianggap menghina akan ditukar dan dirakam semula.