Use your ← → (arrow) keys to browse
Tambahnya, walaupun bapanya yang memulakan konservatori selama 13 tahun, namun dalang sebenar yang mencetuskan idea tersebut adalah ibunya sendiri, Lynne Spears.
“Saya tidak akan mendapat kembali tahun-tahun yang hilang. Ibu memusnahkan hidup saya dalam diam. Dan ya, saya akan mengambil tindakan terhadapnya dan Lou Taylor (bekas pengurus). Cukuplah dengan sikap berpura-berpura ‘Saya tidak tahu apa yang berlaku’. Dia tahu apa yang dia lakukan terhadap saya,” tulisnya.
Britney menambah, bapanya bukanlah seorang yang bijak sehingga boleh memikirkan idea konservatori terhadap anak sendiri.
“Malam ini, saya tersenyum gembira kerana mengetahui ada kehidupan baharu yang kini terbentang di hadapan saya!”