Kolaborasi LISA dan Rosalia Dalam Single Terbaru 'New Woman' - Glam Malaysia
Kolaborasi LISA dan Rosalia Dalam Single Terbaru 'New Woman'

Kolaborasi LISA dan Rosalia Dalam Single Terbaru ‘New Woman’

Bintang pop terkenal LISA dan Rosalia menghangatkan dunia muzik dengan kolaborasi mereka dalam single terbaru New Woman. 

LISA dari Blackpink dan Rosalia telah bekerjasama untuk single pop terbaru LISA, New Woman. Single ini dilancarkan di bawah label LISA sendiri, LLoud Co bersama RCA Records. New Woman dilancarkan pada hari Khamis, 15 Ogos 2024. Kolaborasi ini datang dengan muzik video yang sangat bergaya dengan vibe Y2K yang menambah sentuhan nostalgia kepada scene pop moden. Lirik chorus LISA yang berani sangat sesuai dengan tema pembaharuan dan keyakinan diri. LISA dan Rosalia pertama kali bertemu di Coachella 2023. Penyanyi dari Thailand itu sangat kagum dengan persembahan Rosalia membuatkan dia teringin untuk kolaborasi bersama Rosalia.

LISA Bakal Muncul Di Global Citizen Festival 2024

Single terbaru ini mengikuti pelancaran single Rockstar yang diterbitkan oleh Ryan Tedder dan Sam Homaee, yang merupakan keluaran solo pertama LISA dalam tempoh tiga tahun. Bintang K-pop ini terkenal dengan kumpulannya, Blackpink yang telah meraih kejayaan besar di carta di seluruh dunia. LISA akan membuat penampilan di Global Citizen Festival pada bulan September bersama Post Malone, Doja Cat, Jelly Roll, dan Rauw Alejandro. Selain itu, LISA juga akan membuat penampilan sulungnya sebagai pelakon tahun depan apabila HBO memulakan musim ketiga The White Lotus. Dia merupakan ahli kedua Blackpink yang muncul dalam siri HBO, selepas Jennie dalam drama “The Idol,” yang ditayangkan pada Jun 2023.

LISA sebenarnya sudah memberi petunjuk tentang kerjasama ersebut awal minggu yang lalu. Dalam video yang dimuat naik di TikTok, LISA yang berambut merah jambu  menunjukkan loket  bentuk bintang di lehernya. “Bangin’ it, bangin’ it, wanna crack these walls/ Bangin’ it, bangin’ it, wanna echo through the halls,” dia menyanyi di atas irama mid-tempo yang diinspirasikan oleh Y2K. “Pullin’ up, fresh face, brand new día.”

Kolaborasi antara penyanyi Thailand dan Sepanyol ini menggegarkan lagi dunia muzik apabila Rosalia menggabungkan rap dwibahasanya. “Nací pura, sí/ Ni una era será un flop en mi porvenir/ P—, soy la Rosalía, solo sé servir” (terjemahan: “Saya dilahirkan murni/ Tidak akan ada era flop dalam masa depan saya/ saya Rosalía)