Kisah Pertemuan Pertama 10 Pasangan Diraja Popular - Page 8 of 10 - Glam Malaysia
Kisah Pertemuan Pertama 10 Pasangan Diraja Popular

Kisah Pertemuan Pertama 10 Pasangan Diraja Popular

Setiap orang melalui perjalanan cinta yang unik dan berbeza daripada orang lain. Begitu juga pasangan Diraja yang mempunyai kisah romantis mereka sendiri untuk diceritakan.

Daripada cinta pandang pertama Putera Monaco terhadap Grace Kelly sehinggalah ‘cinta monyet’ Putera William dan Kate Middleton, kebanyakan pasangan Diraja dari seluruh dunia melalui kisah cinta penuh romantis. Malah ada juga yang bagaikan kisah dongeng.

Glam kongsikan 10 pasangan Diraja dan kisah pertemuan pertama mereka.

8 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dari Bhutan & Permaisuri Jetsun Pema

Pasangan Diraja Bhutan mempunyai kisah cinta unik yang amat menarik untuk diceritakan. Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck bertemu Permaisuri Jetsun Pema buat kali pertama ketika berusia 17 tahun, sewaktu keluarga mereka berpiknik bersama. Dia memberitahu Permaisuri jika mereka masih tidak mempunyai pasangan setelah dewasa, dia akan mengahwininya. Siapa sangka kisah dongeng itu menjadi kenyataan dan kini pasangan Diraja itu memiliki dua cahaya mata.

PASANGAN DIRAJA

Foto: Getty Images