Use your ← → (arrow) keys to browse
Selain Kanye, Kim turut menitipkan ucapan istimewa buat mendiang bapanya, Robert Kardashian dengan berkongsi beberapa foto lama.
“Selamat Hari Bapa kepada ayah terbaik di dunia. Anak-anak bertanya bagaimana saya akan meraikan hari istimewa ini sedangkan ayah berada jauh di syurga, dan mereka memberi cadangan paling comel. Saya merindui dan menyayangi ayah dengan sepenuh jiwa,” tulisnya.
Bintang realiti dan usahawan berusia 42 tahun itu juga tidak melupakan bekas bapa tirinya, Bruce Jenner yang kini dikenali sebagai Caitlyn Jenner.
Dia memuat naik foto adik-beradik Kardashian-Jenner bersama Caitlyn berserta mesej, “Terima kasih kerana membesarkan kami dan menjadi ayah tiri terbaik. Selamat Hari Bapa.”