Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas ikatan perkahwinan terlerai Mac lalu, Kim Kardashian dan Kanye West dilihat tidak sependapat dalam banyak perkara terutama hal berkaitan anak-anak.
Namun itu tidak menghalang Kim untuk memberi penghargaan kepada bekas suami dan ayah kepada empat cahaya matanya; North, Saint, Chicago dan Psalm sempena hari istimewa.
Pengasas SKKN itu membuktikan Kanye masih mempunyai tempat di hati mereka sekeluarga dengan menitipkan pujian buatnya pada Hari Bapa di Instagram Story dua hari lalu.