Use your ← → (arrow) keys to browse
Kim dan anak sulungnya, North didiagnos pada waktu yang sama. Jelasnya, mereka berasa tidak sihat dan membuat ujian calit sebelum masuk tidur. Keesokan pagi, mereka mendapati hasil ujian adalah positif.
Ketika didiagnos, Kim sedang membuat ulang kaji untuk peperiksaan baby bar buat kali kedua setelah kecundang sebelum ini. Jelasnya, dia sepatutnya mengulang kaji 12 jam sehari namun gagal berbuat demikian kerana terlalu lemah.
Selepas episod terbaharu Keeping Up With The Kardashians itu ditayangkan, Kim memuat naik satu ciapan mendedahkan mereka sekeluarga kini telah lama sembuh daripada Covid-19.