Kim Kardashian Digelar Biadap Oleh Netizen - Glam Malaysia
Kim Kardashian Digelar Biadap Oleh Netizen

Kim Kardashian Digelar Biadap Oleh Netizen

Satu persatu kisah Kim Kardashian menjadi tajuk berita. Belum habis kontroversi perceraiannya dengan Kanye West, kini dia menerima satu lagi kecaman hebat di media sosial.

Sejak beberapa bulan, lalu Kim dituduh menayang kekayaannya ketika pandemik yang telah membunuh kira-kira 400,000 penduduk Amerika.

Pada awal kemunculan Covid-19, dia dikritik kerana secara terbuka menghadiri perjumpaan keluarga. Kemudian Oktober lalu, dia menerima kecaman setelah menyambut hari ulang tahun kelahirannya di sebuah pulau peribadi bersama 40 ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Saya sedar bagi kebanyakan orang, ia adalah sesuatu yang sangat jauh dari jangkauan sekarang ini. Jadi dalam momen sebegini, saya sangat bersyukur kerana mempunyai keistimewaan dalam hidup,” tulisnya di kapsyen foto di mana dia dan keluarga sedang bermain di pantai sambil menikmati makan malam mewah.

Hantarannya menerima kritikan hebat. Peminat membuat andaian bahawa Kim sememangnya tidak sensitif terhadap majoriti penduduk yang sedang bersedih, bergelut dengan masalah kewangan dan terpaksa berpisah dengan keluarga akibat Covid-19.

See also
Sambutan Hari Raya Aidiladha 10 Selebriti Tanah Air

Kini tuduhan yang sama diterima oleh Kim apabila memuat naik foto dirinya berada di dalam kolam – hari yang sama Amerika merekodkan kematian sebanyak 400,000 akibat Covid-19.

Dia menulis kapsyen daripada lirik lagu Jeremih yang berjudul Paradise. “This is more than life…this is paradise.”

Ia serta-merta mendapat perhatian netizen yang menyifatkannya sebagai tindakan biadab, memandangkan sekarang ini ramai yang sedang hidup dalam kesusahan.

“Anda sedang berada di syurga? Okey. Tetapi menayang kemewahan di kala lebih 400,000 kematian dicatatkan akibat Covid satu tindakan biadab,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi menambah, “Orang lain sedang menderita, anda pula menayang kemewahan dan berlagak. Syabas.”

“Tengok sekeliling anda Kim. Negara anda sedang menderita,” tulis satu peminat di Twitter. Malah, ada yang berkongsi kesukaran hidup mereka ketika pandemik.

Namun lirik yang dipilih Kim mempunyai kaitan dengan perkahwinannya bersama Kanye West.

Pada 2017, dia kembali ke media sosial setelah berehat selama tiga bulan selepas trauma menjadi mangsa rompakan. Dia memuat naik satu video yang berlatar belakang lagu Paradise dengan kapsyen, “Family”.

Video tersebut menunjukkan langkah pertama Saint, Kim dan North bermain salji, juga Saint dan Kanye berpelukan di bawah cahaya lampu dari pokok Krismas.

See also
Kelainan Yang Ingin Ditampilkan Amyra Rosli Sebagai Pengacara Baharu Nona

Dan dalam satu episod Keeping Up With The Kardashians, Kim mendedahkan selepas menjadi mangsa rompakan, keutamaannya sekarang ini adalah keluarga.

Mungkin dengan menggunakan lirik tersebut di kapsyen, Kim memberi isyarat bahawa perhubungannya dengan Kanye belum lagi berakhir.

Foto: Rodin Eckenroth/WireImage/Getty Images

Baca: Kim Kardashian & Kanye West Di Ambang Perceraian