Apabila pandemik melanda, dia merasai pengalaman yang sama buat kali kedua. “Saya tidak meninggalkan rumah sejak kuarantin kerana terlalu takut,” tambahnya.
Namun pendedahan Kim ini nyata membuatkan peminat-peminat keliru kerana dia dan keluarganya telah beberapa kali dilihat melanggar peraturan Covid-19.
Oktober tahun lalu, ibu kepada empat cahaya mata itu membawa ahli keluarga dan rakan-rakan terdekatnya terbang ke pulau peribadi untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-40, dan dia disahkan positif Covid-19 tidak lama kemudian.