Use your ← → (arrow) keys to browse
Tetapi tindakan Scarlett hanya dipandang sebelah mata oleh Disney. “Tuntutan saman ini tiada faedahnya. Ia menyedihkan terutamanya kerana mengabaikan impak global teruk yang tercetus akibat pandemik Covid-19,” kata jurucakap The Walt Disney Company.
“Disney telah mematuhi kontrak Scarlett Johansson sepenuhnya. Malah dengan penayangan Black Widow di Disney+ bersama Premier Access, dia berpeluang memperoleh pampasan tambahan selain RM84 juta yang telah diterimanya sehingga kini.”
Black Widow berjaya mengutip RM338 juta di pawagam dan RM253 juta menerusi saluran penstriman pada minggu pertama tayangan.