Kerabat & Selebriti Yang Bakal Menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Senarai Kerabat & Selebriti Yang Bakal Menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles

Kerabat & Selebriti Yang Bakal Menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles

Hanya tinggal lebih sebulan sahaja lagi sebelum berlangsungnya upacara pertabalan Raja Charles III dan isterinya, Raja Permaisuri Camilla.

Acara yang bakal berlangsung selama tiga hari di kota London itu akan dimulakan dengan dua perarakan dan upacara keagamaan pada 6 Mei, diikuti dengan konsert gemilang di Istana Winsdor pada keesokan hari. Walaupun ramai artis menolak jemputan untuk membuat persembahan pada hari pertabalan Raja Charles, masih ada barisan selebriti kelas-A yang dijangka hari ke istiadat bersejarah itu.

istiadat pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

Ini senarai tetamu yang disahkan akan hadir, serta mereka yang masih belum mengesahkan kehadiran atau tidak akan muncul sama sekali.

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Senarai Yang Terlepas Peluang Menghadiri Istiadat Pertabalan

Meghan Markle, Putera Archie & Puteri Lilibet

Duchess of Sussex tidak akan menyertai suaminya ke hari pertabalan walaupun menerima jemputan. Meghan Markle dilaporkan melepaskan peluang itu untuk menjaga dua anak mereka, Putera Archie dan Puteri Lilibet di kediaman mereka di California. Malah Putera Archie turut meraikan ulang tahun keempatnya pada hari sama. Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan dia tidak mempunyai hubungan baik dengan kerabat Britain terutama selepas wawancara eksklusif bersama Oprah Winfrey dan pelancaran memoir Spare.

Foto: Alexi Lubomirski

Joe Biden

Presiden Amerika Syarikat dilaporkan tidak akan hadir dan mengesahkan sendiri perkara itu kepada Raja Charles melalui panggilan telefon. Bagaimanapun isterinya, Jill Biden akan hadir menggantikan tempatnya.

Foto: AP

Elton John

Penyanyi yang merupakan teman rapat mendiang Puteri Diana ini mengesahkan tidak akan hadir ke istiadat pertabalan. Dia turut menolak jemputan untuk membuat persembahan pada upacara itu disebabkan konflik jadual.

istiadat pertabalan raja charles

Foto: Shutterstock

 

See also
Fleksibiliti Tiada Tandingan

Foto: WireImage

Baca: Ed Sheeran & Adele Tolak Permintaan Raja Charles III