Use your ← → (arrow) keys to browse
Tindakan Kendall menyebabkan jenama itu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar yang akhirnya membawa kepada tuntutan saman selepas supermodel itu enggan memulangkan bayaran yang telah diterima.
Namun nampaknya Kendall tidak akan berdiam diri. Dia menyelar tuntutan itu sebagai tidak munasabah kerana telah beberapa kali menawarkan tarikh dan lokasi alternatif untuk penggambaran tersebut.
Ini bukanlah kali pertama bintang Keeping Up With The Kardashians itu berhadapan dengan situasi sedemikian. Tahun lalu, dia diminta membayar wang berjumlah RM381,000 kerana mempromosikan Fyre Festival yang hakikatnya merupakan satu penipuan besar.