Use your ← → (arrow) keys to browse
Baru-baru ini Lady Margarita Armstrong-Jones membuat penampilan istimewa di acara eksklusif Tatler, Little Black Book di London dalam persalinan glamor klasik 1950-an.
Lady Margarita menyarung kot bulu tiruan rona putih bersama gaun labuh Michael Kors Collection yang berkilauan, sekali gus mencuri tumpuan kerana dilihat persis gaya ikonik mendiang nendanya, Puteri Margaret.
Menurut laporan ini bukanlah satu kebetulan kerana ia jelas memberi penghormatan kepada Puteri Margaret yang menyarung gaun berperincian manik bersama kot bulu rona putih ketika menghadiri sebuah acara di Leicester Square pada 1951.
Siapakah kerabat Diraja yang jarang menjadi sebutan ini dan adakah dia bakal bergelar London’s next ‘It’ girl?