Use your ← → (arrow) keys to browse
Ratu Margrethe II mengejutkan dunia baru-baru ini apabila melucutkan gelaran Diraja Denmark daripada empat cucu yang merupakan cahaya mata kepada anak bongsunya, Putera Joachim.
Dalam keputusan yang dibuat pada bulan lalu itu, hanya anak-anak Putera Mahkota Frederik akan kekal sebagai putera dan puteri sekali gus pewaris takhta terdekat Denmark.
Antara yang dianggap bertuah kerana dapat mengekalkan gelaran itu adalah Puteri Isabella. Glam kongsikan beberapa fakta menarik mengenai puteri yang baru berusia 15 tahun ini.