Use your ← → (arrow) keys to browse
Endorsan Meningkat Seiring Populariti
Kejayaan yang diraihnya membuka mata banyak pihak penaja bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi juga di China. Menurut Campaign Asia, dia mempunyai lebih 20 endorsan di China termasuk Bank of China, China Mobile, syarikat tenusu Mengniu, dan Luckin’ Coffee, cawangan kopi popular setanding Starbucks di negara itu. Antara penaja di Amerika pula adalah Red Bull dan Beats by Dre. Pendapatannya menerusi endorsan tahun lalu dianggarkan berjumlah RM132 juta.