Use your ← → (arrow) keys to browse
Gucci telah memperkenalkan kempen “Exquisite” yang menampilkan busana yang diilhamkan oleh filem Stanley Kubrick. Dalam video kempen yang dikeluarkan pada 25 Ogos, Gucci mempamerkan koleksi uniknya termasuk model yang memakai pakaian yang muncul dalam adegan rekreasi yang hampir tepat dari karya agung Kubrick.
Diarahkan oleh duo fotografi Mert Alas dan Marcus Piggott, dengan arahan seni oleh kolaborator lama Michele, Christopher Symonds, kempen ini menampilkan replika kostum asal yang disusun oleh Milena Canonero dan Charlotte Walter.
Seperti yang dijangkakan, hasil karya kreatif Gucci secara visual sungguh menakjubkan. Belum lagi jumlah masa (dan wang) yang diambil oleh jenama itu agar kejayaannya tercapai. Bekerjasama dengan University of the Arts London (rumah arkib Stanley Kubrick), Warner Bros dan Stanley Kubrick Film Archive.