Use your ← → (arrow) keys to browse
Pasangan selebriti terkenal, Nick Jonas dan Priyanka Chopra sering meluahkan rasa cinta terhadap satu sama lain secara terbuka.
Menjelang ulang tahun ketiga perkahwinan mereka tidak lama lagi, Nick Jonas mengambil kesempatan dengan memberi pujian terhadap isterinya di hadapan penonton kala membuat persembahan di konsert Jonas Brothers.
Beberapa video yang dirakam di konsert tersebut tular baru-baru ini di mana penyanyi itu dilihat berkomunikasi dengan hadirin di samping abangnya, Joe Jonas dan Kevin Jonas.