Use your ← → (arrow) keys to browse
Sebelum kewujudan adik-beradik Hadid dan supermodel ternama lain hari ini, Naomi dan Kate merupakan sebahagian daripada sekumpulan wanita yang digelar supermodel Big Six.
Mereka bertemu di sebuah set penggambaran di Los Angeles pada 1991 ketika Naomi berusia 18 tahun manakala Kate 15 tahun. Jelas Naomi kepada Evening Standard beberapa tahun lalu, Kate seorang yang sangat pemalu.
“Saya masih ingat lagi, dia jarang bercakap terutamanya kepada orang tidak dikenali. Satu lagi perkara yang saya ingat adalah wajahnya yang menawan. Kali pertama bertemunya, saya tahu dia istimewa.”