Use your ← → (arrow) keys to browse
Mac lalu Mizz Nina mengumumkan kehadiran Musa yang kini berusia tujuh bulan sebagai penyeri rumah tangga mereka menerusi satu perkongsian di Instagram.
β2+1=3. Noh, Nina dan Musa. Alhamdulillah, sudah tiga bulan kehadiran Musa dan kami amat bersyukur kepada Allah atas rahmat indah serta doa yang dimakbulkan-Nya. Saya boleh mengatakan dengan yakin bahawa dia kini adalah mahram saya.
βKami telah melalui satu perjalanan yang panjang untuk sampai ke sini dengan rawatan IUI, IVF dan pembedahan selama bertahun-tahun. Kini Allah menganugerahkan kami seorang bayi comel melalui cara lain dan segalanya telah ditakdirkan.
βJika Allah menghendakinya untuk anda, tiada apa yang mampu menghalangnya daripada sampai kepada anda dan hanya Dia mengetahui bilakah waktu tepat untuk segalanya. Semua ujian dan pergelutan ada hikmahnya,β tulisnya.