Use your ← → (arrow) keys to browse
Pendandan rambut, Chris Appleton berkongsi sebuah video yang memaparkan Jennifer menyarung gaun rekaan Alexander McQueen itu sambil menjelaskan, “Saya telah memiliki gaun ini selama bertahun-tahun, dan saya simpan, simpan, simpan dan kini memakainya pada hari perkahwinan saya.”
Portal People mendedahkan bahawa gaun kedua yang menghiasi tubuhnya adalah daripada Zuhair Murad Couture, seperti yang dilihat dalam swafotonya bersama Ben.
Ia merupakan gaun renda tanpa bahu yang diperincikan dengan korset dan vel sepadan.