Use your ← → (arrow) keys to browse
Elizabeth telah berkecimpung dalam dunia lakonan selama 20 tahun sewaktu dia bertemu Richard di set filem terkenal, Cleopatra. Namanya mula melonjak naik pada 1944 ketika membintangi melodrama National Velvet. Dia kemudian terus memegang peranan besar dalam filem hit antaranya Cat on a Hot Tin Roof dan Butterfield 8.
Cleopatra adalah filem mewah berbajet besar yang dibintanginya sebagai permaisuri dan Richard sebagai kekasihnya, Mark Anthony. Tanpa diduga, mereka kemudian jatuh cinta, menjalin hubungan sulit dan berkahwin pada 1964.
Ketika bergelar isteri kepada Richard, Elizabeth sudah mula mengumpul perhiasan berharga yang kemudiannya menjadi koleksi barang kemas peribadi terbesar di dunia. Justeru tiada siapa hairan atau terkejut apabila Richard membeli Krupp Diamond bernilai RM1.2 juta di sesi bidaan pada 1968 untuk dihadiahkan kepada Elizabeth. Ia dengan pantas menjadi barang perhiasan yang paling digemarinya.