Use your ← → (arrow) keys to browse
Ketika primadona Elizabeth Taylor bertemu pelakon Richard Burton di set filem Cleopatra pada awal tahun 60-an, dia masih bergelar isteri kepada suami keempatnya, Eddie Fisher.
Hanya setahun kemudian, Elizabeth mengucapkan selamat tinggal kepada Eddie untuk menerima insan baru dalam hidupnya, Richard. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 1964.
Sukar untuk membayangkan bagaimana power couple ini boleh menjadi sebegitu terkenal di serata dunia pada zaman pra-media sosial. Nama ‘Liz dan Dick’, pasangan terkenal di dunia jauh lebih gah daripada Beyonce dan Jay-Z pada zaman ini.
Justeru tiada siapa terkejut apabila Richard menghadiahkan cincin Krupp Diamond 33.19 karat kepada pelakon itu pada 1968. Ia kemudian dikenali sebagai The Elizabeth Taylor Diamond.
Ini kisah di sebalik Liz dan Dick, Cleopatra serta cincin berlian yang menjadi perbualan dunia.