Use your ← → (arrow) keys to browse
Awal bulan ini, Kim menerima kecaman hebat di Twitter selepas menyertai satu lawatan ke Vatican bersama Kate dan anak perempuannya, Lila Grace.
Kate tampil klasik dalam little black dress manakala Kim pula kelihatan glamor dalam dress ketat rona putih yang mendedahkan bahu dan sebahagian kulit di pinggang.
Netizen mempersoalkan pemilihan pakaiannya yang dikatakan melanggar etika untuk masuk ke tempat yang dianggap suci.
Tidak lama kemudian, ibu kepada empat cahaya mata itu memuat naik foto-fotonya di Instagram sambil menjawab tomahan yang dilemparkan kepadanya di penghujung kapsyen.
“Jangan bimbang, saya mematuhi kod pakaian dan menutup tubuh sepenuhnya ketika memasuki St. Peter’s Basilica dan Sistine Chapel,” tulisnya.