Use your ← → (arrow) keys to browse
Kempen pakaian dalam Skims yang dibintangi oleh supermodel, Kate Moss menerima kecaman hebat daripada peminat.
Minggu lalu, Kim Kardashian berkongsi beberapa foto Kate Moss sedang bergaya dalam koleksi pakaian dalam jenamanya berserta satu kapsyen panjang.
“Memperkenalkan Kate Moss sebagai bintang Skims. Saya bertemu Kate buat kali pertama pada 2014 melalui Riccardo Tisci. Saya serta-merta terpesona dengan sifat lucunya, kecantikannya yang klasik serta asli, dan kami telah berkawan sejak detik itu!
“Dia merupakan ikon fesyen. Mendefinisikan keseluruhan gaya, saya berasa bertuah kerana dapat menampilkannya sebagai wajah Skims untuk musim panas ini.”