Use your ← → (arrow) keys to browse
Sumber sama memberitahu, Meghan yang kini menetap bersama suaminya, Putera Harry di California telah menghubungi Kate mengenai projek tersebut. Kedua-dua mereka dilihat mesra dan kerap berhubung beberapa bulan kebelakangan ini.
Perkara tersebut belum mendapat pengesahan Netflix mahupun kedua-dua kerabat, namun Meghan dan Harry mempunyai perjanjian bertahun-tahun dengan platform penstriman terbesar dunia itu.
Pada September 2020, mereka menandatangani kontrak kerjasama dengan syarikat itu untuk mencipta kandungan asli seperti dokumentari, siri dokumentari, filem rencana, rancangan berskrip dan program kanak-kanak.